Tarikh Cuti Sekolah 2018 Malaysia. Bilakah Tarikh Cuti Sekolah tahun 2018? Berikut dikongsikan Takwim Penggal Persekolahan 2018 (Kalendar Persekolahan KPM) yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) buat panduan ibu bapa dan pelajar. Takwim Penggal Persekolahan 2018 ini dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut hari kelepasan mingguan negeri iaitu Kumpulan A dan B.
Kumpulan A adalah untuk negeri hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu. Kumpulan B pula untuk negeri yang cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad. Maklumat yang dikongsikan dalam kalendar/ takwim persekolahan 2018 termasuk tarikh mula dan akhir persekolahan serta tarikh cuti sekolah setiap penggal persekolahan. Juga dikongsikan jumlah hari persekolahan dan jumlah cuti sekolah.
Nota : Cuti Perayaan KPM tahun 2018 akan dikemaskini dari masa kesemasa.
Takwim/ Kalendar Penggal Persekolahan 2018
Berikut dikongsikan Takwim jadual cuti persekolahan tahun 2018 yang mengandungi tarikh cuti sekolah untuk cuti pertengahan penggal 1, cuti pertengahan tahun dan cuti akhir tahun. Juga disertakan tarikh mula persekolahan dan tarikh akhir setiap penggal.
Takwim Penggal Persekolahan 2018 (Kumpulan A dan Kumpulan B)
1. KUMPULAN A – Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
- Penggal pertama persekolahan : 1 Januari 2018 sehingga 7 Jun 2018
- Penggal kedua persekolahan : 24 Jun 2018 sehingga 22 November 2018
Tarikh Cuti Sekolah
- Cuti pertengahan penggal 1 : 16 Mac 2018 sehingga 24 Mac 2018 (1 minggu)
- Pertengahan tahun : 8 Jun 2018 sehingga 23 Jun 2018 (2 minggu)
- Cuti pertengahan penggal 2 : 17 Ogos 2018 hingga 25 Ogos 2018 (1 minggu)
- Cuti Akhir Tahun : 23 November hingga 31 Disember 2018 (5 minggu)
Maklumat lanjut sila rujuk Kalendar Takwim Persekolahan untuk Kumpulan A di bawah ini :-
2. KUMPULAN B – Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan
- Penggal pertama persekolahan : 2 Januari 2018 sehingga 8 Jun 2018
- Penggal kedua persekolahan : 25 Jun 2018 sehingga 23 November 2018
Tarikh Cuti Sekolah
- Cuti pertengahan penggal 1 : 17 Mac 2018 sehingga 25 Mac 2018 (1 minggu)
- Pertengahan tahun : 9 Jun 2018 sehingga 24 Jun 2018 (2 minggu)
- Cuti pertengahan penggal 2 : 18 Ogos 2018 hingga 26 Ogos 2018 (1 minggu)
- Cuti Akhir Tahun : 24 November hingga 31 Disember 2018 (5 minggu)
Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk Kalendar Takwim Persekolahan untuk Kumpulan B di bawah ini :-
Muat Turun Takwim Penggal Persekolahan 2018 KPM
Untuk kemudahan ibu bapa dan pelajar, Kalendar Takwim Penggal Persekolahan 2018 ini boleh di muat turun/ download dalam format PDF di PENGGAL PERSEKOLHAN.
Semoga perkongsian kalendar Cuti Sekolah 2018 atau Takwim Penggal Persekolahan KPM boleh dijadikan panduan buat ibu bapa/ pelajar dalam merancang aktiviti pada tahun 2018.