Tarikh Semakan Keputusan UPKK 2017 Online. Bilakah tarikh rasmi keputusan UPKK 2017 diumumkan?Tarikh rasmi semakan keputusan UPKK 2017 online dan SMS adalah pada hari Isnin, 29 Januari 2018 jam 1100 pagi (Tahun lepas pada 15 Februari 2017). Untuk makluman, peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) telah diadakan pada bulan Oktober 2017 yang lalu.
Cara Semakan Keputusan UPKK 2017 Online Dan SMS
Berikut adalah maklumat penting berkaitan semakan keputusan UPKK 2017 secara online dan SMS untuk panduan pelajar dan ibu bapa. Bermula pada tahun 2017, JAKIM telah memperkenalkan kaedah baru bagi mengetahui dengan lebih cepat dan pantas keputusan UPKK iaitu dengan membuat semakan keputusan UPKK tahun 2017 secara online dan SMS
Tarikh Semakan
- Hari Isnin, 29 Januari 2018 bermula jam 1100 pagi (Tahun lepas pada 15 Februari (1100 pagi ) sehingga 21 Februari 2017 (1100 pagi))
Link Applikasi Semakan
- Klik : http://semakan.islam.gov.my/
Semakan Secara SMS
Keputusan UPKK 2017 juga boleh disemakan melalui SMS. Semakan SMS boleh dibuat bermula jam 1100 pagi pada tarikh 29 Januari 2018 sehingga 5 Februari 2018 jam 500 petang Akan dikemaskini (Tahun lepas pada jam 1100 pagi pada 15 Februari sehingga 1100 pagi pada 21 Februari 2017).
Cara Buat Semakan
- UPKK RESULT NoMYKID dan SMS ke 15888
- Contoh mesej penghantaran : UPKK RESULT 060515036884
atau
- UPKK <jarak> RESULT <jarak> NoSijilLahir dan SMS ke 15888
- Contoh mesej penghantaran UPKK RESULT BS76517<
Nota
- Pastikan No MyKid/No Sijil Lahir seperti mana yang didaftarkan dalam peperiksaan
- Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi
- Caj Penghantaran adalah RM0.15 dan Caj Penerimaan RM0.20 (Tidak termasuk GST).
- Perkhidmatan tersedia bagi Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX
Apa Itu Peperiksaan UPKK?
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peperiksaan adalah untuk murid tahun lima (5) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) seluruh Malaysia.
Lapan mata pelajaran ditetapkan untuk murid di dalam UPKK melibatkan Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam dan Al-Quran. Serta Ulum Syariah, Adab, Sirah, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.
Matlamat UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan serta hafazan Al-Quran. Juga termasuk amal ibadat dan cara hidup Islam. Disamping itu ianya dapat menilai tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam aspek fardhu ain. Selain menilai tahap keberkesanan amalan asas cara hidup Islam di kalangan pelajar serta menilai kemahiran pelajar dalam membaca dan menulis jawi.
Peperiksaan ini penting untuk murid yang berhasrat menyambung pengajian di sekolah agama kerajaan negeri. Ianya turut menjadi prasyarat kemasukan ke Sekolah Menengah Tahfiz kelolaan kerajaan negeri. Tahniah kepada pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPKK 2017 kali ini.
nurul amirah binti mohd aisahruddin
semakan keputusan UPKK 2016
wahab
harap2 8a
Cahaya anggelina harahap bnti rustam effendi
Saya nk tengok resutl saya
Nurul Khairunnisa
Semakan Keputusan UPKK 2016
Azrin
Saya nak tengok keputusan upkk
alif
anak saya macam mana
muhammad arief bin bazaderan
8 A upkk
PUTERI nor BATRISYIA BINTI NORASHID
Saya Nk tengkuk keputusan upkk Saya
amir syarifuddin bin afanizam
semakan keputusan UPKK 2016
Arina Zawani
alhamdulillah saya dapat markah yang baik….
Muhammad ammar faris
upkk 8a I got
alex
nak tengok semakan upkk
Arina Rose
Harap – haraplah dapat 8A UPKK tahun lepas…….
rais
alhamdulilah dapat 7A 1B
Faiz
8 A upkk
Irdina
saya dapat straight A
YES!!!
Hanin saliha
Saya nk tengok keputusan
Nur Ainul Mardhiah
Saya nak tengok keputusan UPKK
Shahiera adiela
Dapat 5A 1B 2C
Aisyah Syukri
minta-mintalah dapat lapan A
alif
alaaa.keputusan uppk telah tamat
farid
syukulah dapat 7A 1B
alia husna
horeey…sy dpt 8A
NURUL ATHIRAH IZZATI
alhamdulillah dpt 8 A
AZHARUL
alhamdulillah dapat 7A 1B
Jazlin zarhanie binti jenal
Saya nk tahu keputusan upkk saya
Jazlin zarhanie binti jenal
Harap dapat 8A
SARANGHAE17
ALHAMDULILLAH…SAYA DAPAT 8A UPKK 2016
Izzah
Alhamdulillah saya dapat mumtaz upkk