Cara Semak Keputusan Peperiksaan STAM 2017 Online Dan SMS. Perhatian buat pelajar yang telah menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM 2017). Tarikh rasmi semakan result keputusan STAM adalah pada * Akan dikemaskini (Tahun lepas adalah pada 19 Januari 2017 (Khamis) menerusi makluman LPM. ). Pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka melalui sekolah masing-masing. Semakan Keputusan STAM 2017 juga boleh disemak melalui kaedah SMS.
Semakan Keputusan STAM 2017 Secara Online Dan SMS
Tarikh rasmi 2017 masih belum diumumkan lagi oleh KPM. Berikut adalah tarikh tasmi keputusan diumumkan untuk tahun-tahun sebelumnya dan juga untuk tahun ini:-
- 2017 : Akan dikemaskini
- 2016 : 19 Januari 2017 (Hari Khamis)
- 2015 : 21 Januari 2016
- 2014 : 28 Januari 2015
Cara Buat Semakan Secara Online Dan SMS
Pelajar boleh membuat semakan secara online dan melalui SMS ataupun datang sendiri ke sekolah masing-masing untuk mengetahui keputusan mereka pada tarikh rasmi keputusan STAM 2017 diumumkan.
A. Semakan Online
Semakan keputusan peperiksaan STAM secara online disediakan di link applikasi di bawah ini. Applikasi semakan akan dikongsikan jika kaedah semakan online ada disediakan tahun ini.
- Klik SPPAT
- Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No angka giliran
- Semakan ini hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperolehi di Sekolah masing-masing ataupun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
B. SMS
Semakan keputusan STAM juga boleh dibuat menggunakan khidmat pesanan ringkas mySMS. Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STAM melalui SMS:-
- Taip STAM<jarak>[Angka Giliran] dan hantarkan ke 15888
Perkhidmatan akan diaktifkan bermula jam 1000 pagi, * Akan dikemaskini (19 Januari 2017 sehingga 1159 malam 25 Janauri 2017). Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.
Selamat membuat semakan keputusan peperiksaan STAM 2017 secara online dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Moga anda berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Penganjian Tinggi awam melalui Permohonan UPU 2018 ke UA/ IPTA.