Borang Pendaftaran/ Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 Ambilan 2019 Dan 2020 Online. Perhatian buat ibu bapa/ penjaga yang ingin mendaftar anak ke sekolah rendah kerajaan tahun 2018 dan 2019 nanti. Pendaftaran Murid Tahun 1 (Darjah 1) ambilan tahun 2019 dan 2020 akan dibuka secara Online (atas talian) pada bulan Mac 2018. Cara daftar permohonan Darjah 1 dikongsikan di bawah ini untuk panduan.
Permohonan online adalah dibuka untuk seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan bermula dari 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018 di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM). Untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan, permohonan sebelum ini adalah melalui sekolah iaitu secara manual/ walk-in ke sekolah.
- Semakan Keputusan Tahun 1 2018 – klik SEMAK
Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2019 Dan 2020 Online Dan Manual
Untuk ibu bapa dan penjaga semua, berikut dikongsikan cara membuat permohonan murid Tahun 1 ambilan 2019/ 2020 untuk seluruh negeri di Malaysia. Secara online adalah menggunakan applikasi SPATKPM.
Siapa Yang Layak Mendaftar?
Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :
- 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 (Kemasukan Sesi persekolahan tahun 2019)
- 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014 (Sesi persekolahan tahun 2020)
Cara Daftar Kemasukan Murid Tahun 1 Online
- Kawasan : Negeri Di Semenanjung Malaysia
- Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2018 Hingga 30 April 2018
- Applikasi Permohonan : https://public.moe.gov.my/
- Pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU
- Panduan permohonan online : Klik Muat Turun dan FAQ
Tindakan/ Langkah Ibu Bapa Selepas Mendaftar Online
Ibu bapa atau penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran online perlu membuat tindakan berikut bagi melengkapkan permohonan pendaftaran :-
- Mencetak bukti permohonan
- Seterusnya, ibu bapa atau penjaga perlu hadir ke pejabat sekolah yang dimohon selepas 14 hari permohonan untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen
- Ianya perlu dibuat dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu dari 1 Mac sehingga 30 April 2018.
Senarai Dokumen
Berikut adalah dokumen-dokumen berkaitan (secara umum) yang diperlukan semasa penghantaran dokumen. Ianya bergantung kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon.
- Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
- Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
- Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
- Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
- Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
Soalan Lazim
Berikut diantara soalan lazim berkenaan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 secara Online :-
- 1. Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
- 2. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
- 3. Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
- 4. Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru
Tekan Pengguna Baru- Isi semua medan Daftar Pengguna – Tekan Daftar
Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul
5. Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa
Tekan Lupa Katalaluan – Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan- Semak Jawapan.
Permohonan Murid Tahun 1 Secara Manual
Untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan, permohonan pendaftaran murid ke Tahun 1 sebelum ini adalah melalui sekolah secara manual. Ibu bapa/ penjaga perlu hadir ke sekolah yang ingin dipohon untuk mengisi permohonan.
Cara Hubungi
Jika terdapat sebarang masalah sila hubungi :-
E-mel: admin_spatkpm@moe.gov.my
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 untuk Pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja, sila hubungi :-
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT.
E-mel : daftartahun1@moe.gov.my
Rujukan senarai Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing, sila klik pautan berikut :-
Semakan Keputusan Kemasukan Murid Tahun 1
Keputusan permohonan pendaftaran murid Tahun 1 akan diumumkan sekitar bulan Julai/ Ogos 2018. Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM.
Kepada ibu bapa/ penjaga semua. Selamat membuat Pendaftaran Murid Tahun 1 2019/ 2020 Online. Moga sistem permohonan yang diperkenalkan ini dapat mempercepatkan dan memudahkan urusan permohonan anda semua.
Christella
Salam, saya telah mendaftarkan anak saya masuk darjah satu pada 2018 melalui pertolongan kawan. masalahnya saya terlupa katalaluan untuk masuk ke sistem dan juga lupa katalaluan serta email yang telah didaftarkan. Apa harus saya buat?
Mira
As Salam,
Tarikh permohonan sehingga April, saya baru ingin membuat pendaftaran utk kemasukan 2018, masih boleh di daftar atau tidak?
Mohd Nasir
Salam,saya sudAh daftar kan anak saya melalui online ,tetapi saya Hanya mengisi borang maklumat murid shja,Dan tidak mengisi borang maklumat kesihatan Dan maklumat penjaga,Saya cuma print maklumat murid sah aja,apa kah sdah mencukupi,?Dan bagai mana hendak dpt kan borang maklumat kesihatan Dan maklumat penjaga secara online
nor syuhada binti abu bakar
dah masukkan id no kad pengenalan tapi tak dapat login
siti norhafidah ali
Salam, saya telah maendaftarkan anak saya masuk darjah pada tahun 2018 melalui pertolongan kawan. Masalahnya saya terlupa kata laluan untuk masuk ke sistem dan juga email yang sudah kena blok. Klu guna email baru boleh ke. Di harap dapt membantu ye.
zulkifli jamaludin
why the cycle is from 2 jan to 1 jan following year…..not 1 jan to 31 dec?
selladeqal
saya dah buat pendaftaran tahun 1 2018 melalui online sekarang saya nak tahu anak saya di tempatkan di sekolah mana..? apa yang perlu saya buat untuk mengetahuinya….?
SapsIbuBapa
Boleh semak secara online di public.moe.gov.my
amirah binti yusof
assalamualaikum,
bagaimana hendak tukar sekolah bg murid thn 1 2018..sebab saya hendak tukarkan sekolah anak (sk semenyih ke sk mantin)..
semakan dan pengesahan dh dibuat utk sk semenyih..tapi sekarang saya hendak tukar nama sekolah..
ida
maaf..saya baru dapat makluman ini…bagaimana saya nak daftar untuk anak saya darjah 1 ambilan tahun 2019?. mohon bantuan.
Kamelia
Bagaimana saya hendak buat permohonan pertukaran sekolah untuk anak saya yang saya dah daftar ke tahun satu 2018.ada masalah keluarga dan tidak dapat daftar ke sekolah yg dimohon sebelum ini.
Nurazlina Abdul Razak
Salam…Sy sudah pun daftar manual di sekolah bekenaan sebelum program daftar online nie dikuatkuasa kan…SIjil beranak anak sudah pun di cop sekolah bekenaan…Adakah masih kena daftar online????saya sudah pun daftar buat pertama kali selepas 2 tak dapat nak login…