SAPS IBU BAPA

Menu
  • Home
  • SEMAKAN KEPUTUSAN
  • CONTACT
  • DISCLAIMER
  • PRIVACY & POLICY
Home
PENDAFTARAN
Pendaftaran Tahun 1 Ambilan Murid 2020/ 2021 Online
PENDAFTARAN

Pendaftaran Tahun 1 Ambilan Murid 2020/ 2021 Online

Borang Pendaftaran Tahun 1 Ambilan 2020 Dan 2021 Online. Perhatian buat ibu bapa/ penjaga yang ingin mendaftar anak ke sekolah rendah kerajaan tahun 2020 dan 2021 nanti. Pendaftaran Murid Tahun 1 (Darjah 1) ambilan tahun 2020 dan 2021 akan dibuka secara Online (atas talian) pada bulan Mac 2019. Cara daftar permohonan Darjah 1 dikongsikan di bawah ini untuk panduan.

Permohonan online adalah dibuka untuk seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan bermula dari 1 Mac 2010 sehingga 30 April 2019 di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM). Untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan, permohonan sebelum ini adalah melalui sekolah iaitu secara manual/ walk-in ke sekolah.

  • Semakan Keputusan Tahun 1 online – klik SEMAK

pendaftaran murid tahun 1 online

Pendaftaran Tahun 1 Ambilan Murid 2020 Dan 2021 Online Dan Manual

Untuk ibu bapa dan penjaga semua, berikut dikongsikan cara membuat permohonan murid Tahun 1 ambilan 2020/ 2021 untuk seluruh negeri di Malaysia. Secara online adalah menggunakan applikasi SPATKPM.

Siapa Yang Layak Mendaftar?

Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :

  • 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014 (Kemasukan Sesi persekolahan tahun 2020)
  • 2 Januari 2014 sehingga 1 Januari 2015 (Sesi persekolahan tahun 2021)

Cara Daftar Kemasukan Murid Tahun 1 Online

  • Kawasan : Negeri Di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan
  • Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2019 Hingga 30 April 2019
    • Applikasi Permohonan : SPATKPM
      • Pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU
      • Panduan permohonan online : Klik Muat Turun dan FAQ

Tindakan/ Langkah Ibu Bapa Selepas Mendaftar Online

Ibu bapa atau penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran online perlu membuat tindakan berikut bagi melengkapkan permohonan pendaftaran :-

  • Mencetak bukti permohonan
  • Seterusnya, ibu bapa atau penjaga perlu hadir ke pejabat sekolah yang dimohon pada tempoh pendaftaran di atas untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen
  • Ianya perlu dibuat dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu dari 1 Mac sehingga 30 April 2019.

Senarai Dokumen

Berikut adalah dokumen-dokumen berkaitan (secara umum) yang diperlukan semasa penghantaran dokumen. Ianya bergantung kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon.

  1. Salinan permohonan online
  2. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
  3. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
  4. Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
  5. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
  6. Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  7. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)

Soalan Lazim

Berikut diantara soalan lazim berkenaan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 secara Online :-

  • 1. Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
  • 2. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
  • 3. Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
  • 4. Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru

Tekan Pengguna Baru- Isi semua medan Daftar Pengguna – Tekan Daftar

Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul

  • 5. Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa

Tekan Lupa Katalaluan – Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan- Semak Jawapan.

Permohonan Murid Tahun 1 Secara Manual

Untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan, permohonan pendaftaran murid ke Tahun 1 sebelum ini adalah melalui sekolah secara manual. Ibu bapa/ penjaga perlu hadir ke sekolah yang ingin dipohon untuk mengisi permohonan.

Cara Hubungi

Jika terdapat sebarang masalah sila hubungi :-

E-mel: [email protected]

Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 untuk Pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja, sila hubungi :-

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA

Unit ICT.
E-mel : [email protected]

Semakan Keputusan Kemasukan Murid Tahun 1

Keputusan permohonan pendaftaran murid Tahun 1 akan diumumkan sekitar bulan Julai/ Ogos 2019. Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM.

Kepada ibu bapa/ penjaga semua. Selamat membuat Pendaftaran Murid Tahun 1 2020/ 2021 Online. Moga sistem permohonan yang diperkenalkan ini dapat mempercepatkan dan memudahkan urusan permohonan anda semua.

Ref : tahun 1 ambilan 2021 ogos 2020 2 januari 2015 tahun 1 2021 2022 2021 dan 2022

Next Article

Related Articles

Jadual Peperiksaan PAV 2017 Pendidikan Asas Vokasional

Jadual Peperiksaan PAV 2017 Pendidikan Asas Vokasional

Semakan Pendaftaran Murid Tahun 1 2018 Online

Semakan Pendaftaran Murid Tahun 1 2018 Online

Artikel Berkaitan

  • permohonan PraSekolah 2019 online dan manual
    Pendaftaran PraSekolah 2020 Online KPM
    1 Mac 2018 0
  • permohonan ipg 2018 online
    Permohonan IPG 2019 Online PISMP Calon Guru
    7 Mac 2018 0

SAPS IBU BAPA

Copyright © 2020 SAPS IBU BAPA