SAPS NKRA : Cara Login Ibu Bapa Dan Guru. Bagaimanakah cara untuk login masuk ke Sistem Analsisi Peperiksaan Sekolah atau SAPS NKRA? Panduan buat Ibu bapa/ penjaga dan guru yang ingin mengkases sistem SAPS dalam membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar ataupun memasukkan markah pelajar. Berikut dikongsikan cara Login SAPS Ibu Bapa Dan Guru buat panduan semua.
Untuk makluman, Sistem SAPS akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dan markah beserta gred markah yang diperolehi dan maklumat kedudukan dalam kelas. Semakan keputusan peperiksaan secara online boleh disemak untuk sekolah rendah iaitu Darjah 1 hingga Darjah 6. Untuk sekolah Menengah, semakan ada disediakan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Keputusan peperiksaan awam waau bagaimanapun tidak boleh disemak melalui SAPS Ibu Bapa. Keputusan boleh disemak secara SMS atau melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA)
SAPS NKRA memberikan akses kepada guru untuk memasukkan markah peperiksaan pelajar. Manakal untuk ibu bapa dan penjaga, keputusan peperiksaan anak mereka boleh disemak secara atas talian atau online.
Berikut dikongsikan panduan cara Log masuk sistem SAPS Ibu Bapa dan Guru ke Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA. Keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-
- Ujian 1 dan Ujian 2
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Peperiksaan Akhir Tahun
- Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM
Cara Login SAPS Ibu Bapa Dan Guru Melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
Berikut dikongsikan cara mudah dan pantas untuk mengkases sistem SAPS secara online :-
A. Key In Markah Oleh Guru
- Key In Markah Pelajar untuk Guru
- Login menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan serta masukkan Kod Pengesahan
B. Log Masuk SAPS Untuk Ibu Bapa
- Sila layari laman web SAPS NKRA untuk mengakses ke menu utama
Ikuti Langkah Semakan SAPS Seterusnya :-
LANGKAH 1 : CARIAN MURID
- SILA MASUKKAN NOMBOR SIJIL LAHIR / KAD PENGENALAN PELAJAR (TANPA “-” atau “SPACE”)
LANGKAH 2 : CARIAN SEKOLAH
- SILA MASUKKAN MAKLUMAT SEKOLAH PELAJAR, SEKOLAH TERKINI ATAU SEBELUM INI
- Negeri : Nama Sekolah
LANGKAH 3 : SEMAK LAPORAN SAPS IBU BAPA
- Klik butang Semak Laporan dan anda akan dibawa ke sub menu seperti paparan gambar dibawah ini.
- Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya.
LANGKAH 4 : SLIP KEPUTUSAN
- Sila klik Papar Slip Keputusan atau klik Papar Markah Peperiksaan untuk paparan yang lebih terperinci
Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS Tahun 2018
Untuk mendapatkan keputusan peperiksaan terkini yang telah diupdate, sil apastikan semakan dibuat selepas markah selesai diisi. Berikut dikongsikan Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2018 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan ini ada memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.
Nota
Tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing. Tarikh dalam kurungan adalah tarikh tahun 2017
Maklumat Lanjut SAPS Ibu Bapa
- Untuk FAQ Soalan Lazim selengkapnya, sila muat turun atau Download FAQ dalam PDF di Panduan Am SAPS.
Untuk bantuan, sila rujuk kepada grafik di bawah ini.
Semoga Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan ini akan memudahkan ibubapa. Moga panduan di atas untuk Ibu Bapa dan Guru boleh dijadikan panduan dalam mengkases sistem semakan.
Ref : https sapsnkra.moe.gov.my ibubapa2 terdapat nama guru kelas mengetahui kedudukan dalam kelas pegawai meja nombor kad pengenalan sup sekolah sistem saps semakan ibu saps semakan ibu bapa kementerian pendidikan malaysia ibu bapa perlu of the, guru mata pelajaran