Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Ulangan 2017. Panduan dan perhatian buat calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Ulangan (SPMU). Tarikh peperiksaan dan jadual peperiksaan SPMU 2017 telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (U) hanya melibatkan maksima 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah.
Pendaftaran Calon persendirian yang ingin menduduki peperiksaan 2017, anda boleh berbuat demikian pada 1 Mac hingga 31 Mac 2017.
Jadual Peperiksaan SPMU 2017 (SPM Ulangan)
Berikut adalah tarikh peperiksaan SPMU 2017 yang dikongsikan dari LPM.
Ujian bertulis
- Akan dilangsungkan selama 3 hari dari 6 hingga 8 Jun 2017
Lisan
- 6 Jun sehingga 1 Julai 2017
Jadual lengkap peperiksaan SPMU 2017 yang memaparkan tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan adalah seperti berikut :-
SPMU 2017 Timetable
- Selasa, 6 Jun 2017 : Matematik (Aneka Pilihan) Kertas 1, Matematik Kertas 2 dan Sejarah Kertas 1
- Rabu, 7 Jun 2017 : Sejarah Kertas 3 dan Sejarah Kertas 2
- Khamis, 8 Jun 2017 : Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2
- Bahasa Melayu Kertas 3 : Tarikh dan masa akan ditetapkan oleh JPN
Nota dan arahan
Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.
Pelajar yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM (Ulangan) 2017.
Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon.
Pelajar dikenakan bayaran RM 30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM (Ulangan) 2017 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.
Selamat menghadapi peperiksaan SPM Ulangan 2017. Jadual Peperiksaan SPMU 2017 beserta arahan boleh di muat turun di LPM. Semoga berjaya dengan cemerlang.