E-Operasi Sistem Maklumat Guru. Modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru). Berikut adalah E-Operasi Sistem Maklumat Guru yang dapat dikongsikan pada para guru mengemaskini maklumat terkini.
E-Operasi merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.
E-Operasi Sistem Maklumat Guru
Daftar E-Operasi Sistem Maklumat Guru
- Daftar di sini : E-Operasi Daftar
- Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel. Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.
- Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.
Login E-Operasi Sistem Maklumat Guru
- Login masuk di sini : Login E-Operasi
- Pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP. Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan. Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan.
Terlupa Kata Laluan E-Operasi Sistem Maklumat Guru
- Tukar di sini : Terlupa Kata Laluan E-Operasi
- Sekiranya terlupa kata laluan, pengguna boleh mendapatkan semula kata laluan tersebut dengan memilih pautan Lupa Kata Laluan yang berada di laman utama e-Operasi. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan. Klik butang HANTAR, kata laluan pengguna akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan.
Tukar Kata Laluan E-Operasi Sistem Maklumat Guru
- Tukar di sini : Tukar Kata Laluan E-Operasi
- Pengguna boleh menukar kata laluan dengan memilih pautan Tukar Kata Laluan yang berada di laman utama e-Operasi. Semua ruangan wajib diisi. Maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti membuat pendaftaran pengguna.
Semoga perkongsian ini dapat membantu para guru menguruskan maklumat-maklumat peribadi, akademik dan lain-lain.