Calon pelajar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2018 telah diberikan tugasan Geografi yang berkisar kepada kajian guna tanah di tempat tinggal atau sekolah anda. Berikut dikongsikan maksud atau definisi Guna Tanah buat rujukan pelajar.
Guna tanah biasanya merupakan kesan aktiviti penempatan dan kemajuan manusia di dalam sebuah kawasan melalui peringkat-peringkat tertentu. Keperluan kegunaan guna tanah sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa berdasarkan keperluan asas aktiviti manusia di dalam kehidupan.
Definisi Guna Tanah (Maksud)
Guna tanah didefinasikan sebagai kepelbagaian aktiviti yang dijalankan oleh manusia untuk mengubah landskap ruang tanah tersebut termasuklah aktiviti perburuan dan pembajakan.
‘Guna Tanah’ sering digunakan untuk merujuk kepada penggunaan yang berbeza jenis tanah dalam satu kawasan pengezonan. Ianya juga merujuk kepada penggunaan melalui aktiviti manusia ke atas tanah. Guna tanah melibatkan pengurusan dan pengubahsuaian alam semula jadi. Atau hutan belantara kepada produk alam bina seperti padang, padang rumput dan penempatan.
Seksyen 52 (1) Kanun Tanah Negara mengelaskan kategori guna tanah kepada 3 kategori iaitu pertanian, bangunan dan perindustrian. Namun demikian, pengelasan ini diperincikan lagi oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia. Berdasarkan Manual Penyediaan Rancangan Tempatan (Pindaan 2006) dan Klasifikasi Guna Tanah JPBD terdapat tujuh (7) guna tanah utama. Iaitu guna tanah tepubina, pengangkutan, infrastruktur dan utiliti, pertanian, penternakan dan akuakultur, hutan, badan air dan pantai. Ketujuh-tujuh klasifikasi ini menjadi asas perancangan dan pemantauan di bawah bidang kuasa Jabatan.
Keperluan kegunaan guna tanah sentiasa berubah dari masa kesemasa mengikut perkembangan semasa yang berdasarkan kepada keperluan asas aktiviti manusia dalam kehidupan. Guna tanah boleh diklasifikasikan kepada bentuk aktiviti seperti perindustrian, perumahan, bandar, institusi dan sebagainya.
Oleh itu secara umumnya, aktiviti guna tanah mengikut fungsinya merupakan satu keputusan dan rumusan manusia. Untuk menggunakan sumber yang terhad iaitu tanah secara optimum, di mana nilai sesuatu fungsi guna tanah adalah berteraskan kepada nilai sesuatu masyarakat.
Di Malaysia, konsep aktiviti guna tanah dipengaruhi oleh perancangan yang dilakukan di setiap majlis perbandaran/ daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT).
Definisi Guna Tanah Akan dikemaskini