Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi. Kepada anda yang ingin mempelajari cara-cara penulisan Surat Kiriman Tidak Rasmi, berikut adalah beberapa Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi yang dapat dikongsikan pada anda semua bagi membuat penulisan Surat Kiriman Tidak Rasmi.
Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi
Berikut adalah beberapa Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi yang dapat digunapakai ketika peperiksaan mahupun sekadar menulis surat kepada penerima.
Contoh 1
Anda akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Tulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR tersebut.
No 1, Lorong 12,
Taman Tambun Jaya,
14120 Simpang Empat,
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang. 21 Julai 2013
Menemui sahabatku Syamimi yang kini berada di Alor Setar, Kedah. Semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Sahabatku,
Apa khabar saudari sekarang? Saya harap saudari dan keluarga dalam keadaan sihat. Sudah agak lama kita tidak berjumpa. Surat saudari telah saya terima seminggu yang lau. Terima kasih kerana saudari masih mengingati saya di sini.
Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada bertanyakan tentang persediaan saya menghadapi peperiksaan UPSR. Untuk pengetahuan saudari, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Langkah pertama saya saya ialah dengan mengubahsuai jadual waktu belajar. Saya akan menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran dari pukul 9.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.
Selain mengikuti kelas tambahan di sekolah, saya juga ada mengikuti kelas tambahan Pusat Tuisyen. Ibu bapa saya telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak tiga kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.
Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Saya akan segera bertanya guru sekiranya saya tidak faham supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya dengan berkesan. Program gerak gempur yang diadakan di sekolah amat membantu saya. Hampir setiap hari, saya dan rakan-rakan di kelas akan menjawab soalan latih tubi yang disediakan oleh guru-guru.
Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Simpang Empat untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Simpang Empat pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota.
Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudari kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudari serta keluarga.
Sahabatmu,
………………………..
(Afiqah binti Aiman)
Contoh 2
Membalas surat kepada sahabat anda yang ingin berkunjung ke negara anda untuk melawat tempat pelancongan yang menarik.
No. 39, Jalan Damai,
Taman Bukit Anggerik,
Ipoh, 30290,
Perak Darul Ridzuan.
6 Ogos 2016
Menemui sahabat penaku Arthur, yang kini berada bersama keluarga di Melbourne, Australia, semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Saudara Arthur,
Apa khabar saudara dan keluarga di sana? Saya ingin memohon maaf kerana agak terlambat untuk membalas surat saudara tempoh hari. Saya kini sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan besar tidak lama lagi. Tampaknya saudara sangat berminat untuk mengetahui tempat dan kawasan perlancongan di Malaysia. Pada surat yang saya pernah utuskan sebelum ini, saya ada bercerita tentang Bukit Fraser, kali ini saya ingin ceritakan mengenai Pulau Langkawi pula.
Pulau Langkawi merupakan pusat perlancongan yang terletak di negeri Kedah, iaitu di utara semenanjung Malaysia. Terdapat banyak keistimewaan dan tempat menarik yang boleh dilawati oleh saudara. Antaranya termasuklah pemandangannya yang sangat memukau hati. Ini kerana Pulau Langkawi dikelilingi oleh pantai yang bersih, air laut yang tenang damai dan suasananya yang jauh dari hiruk-pikuk bandar. Saudara dapat menikmati keindahan suasana dan pantainya ini dengan mengunjungi sendiri ke Pulau Langkawi.
Pulau Langkawi juga terkenal sebagai gelaran Pulau Legenda. Kisah berkenaan dengan Legenda Mahsuri ini telah diceritakan sejak turun-temurun lagi melalui penceritaan orang zaman dahulu dan juga nenek moyang kami sendiri. Sejarah ringkasnya Mahsuri adalah seorang perempuan cantik yang telah dijatuhkan hukuman bunuh akibat fitnah. Darah putih telah mengalir daripada tubuh Mahsuri ketika hukuman bunuh dijalankan. Beliau juga sempat mengenakan sumpahan terhadap Langkawi selama tujuh keturunannya akan jadi seperti padang jarang padang terkukur.
Selain itu, Makam Mahsuri dan padang Mat Sirat adalah antara tempat menarik dan bersejarah yang mempunyai kaitan dengan Legenda Mahsuri. Sekiranya saudara berkesempatan untuk mengunjungi tempat-tempat ini tentu saudara akan memperoleh lebih banyak informasi mengenai lagenda ini. Di Langkawi juga terdapat Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting, Beras Hangus dan Telaga Tujuh yang mempunyai kaitan dengan pelbagai legenda dan mitos.
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi ini. Jikalau ada peluang dan kesempatan, akan saya ceritakan lebih lanjut tentang pulau ini. Gambar-gambar yang berkaitan dengan Pulau Legenda ini akan saya cuba hantar kepada saudara.
Setakat ini sahaja yang sempat saya tuliskan buat saudara nun jauh di sana. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya dan sekeluarga.
Yang Benar,
Harith Faidz
Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi 3
Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda untuk memberitahu kepada sahabat anda tentang cara-cara untuk berjaya dalam peperiksaannya dan memberi kata-kata semangat kepadanya.
No. 102, Jalan Keris 18,
Taman Puteri Wangsa,
Ulu Tiram, 81800,
Johor Darul Takzim.
8 September 2010.Kehadapan sahabatmu Amirul, yang kini berada di Johor. Semoga anda sekeluarga berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.
Saudara,
Apa khabar? Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda mengucapkan tahniah ke atas kejayaan saya itu. Saya pun ingin mengatakan bahawa saudara tidak perlu bersedih kerana tidak mendapat keputusan seperti yang diingini. Pada surat saya kali ini, saya ingin member sedikit sebanyak nasihat dan cara untuk saudara berjaya kelak. Saya membuat pelbagai latihan untuk mendapat keputusan yang terbaik. Selain itu, setiap hari saya menulis sebuah karangan dan menghantar kepada cikgu, apabila disemak mereka akan memperbetulkan ayat yang saya tulis. Tambahan pula, saya mengulangkaji matapelajaran yang guru mengajar setiap hari.
Bagi saya, untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran, kita perlulah mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi. Kita perlu mempunyai semangat berkobar-kobar untuk mendapatkan kecemerlangan dalam peperiksaan. Sikap mudah patah semangat dan berputus asa bukanlah sikap yang harus dipupuk dalam diri seseorang pelajar. Kegagalan adalah suatu pengajaran jika saudara menggunakan kegagalan tersebut sebagai pemangkin untuk kejayaan yang seterusnya atau yang akan dating.
Sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan. Tanpa usaha yang gigih dan berterusan ternyata bahawa suatu kejayaan tidak akan tercapai. Oleh itu, tiada jalan pintas untuk mencapai sesuatu kejayaan tersebut. Saya menasihati agar saudara rajin menelaah buku-buku rujukan dan nota-nota yang diberikan oleh guru-guru saudara. Disamping itu, saudara juga boleh membuat ulangkaji sekurang-kurangnya tiga jam sehari tanpa mengambil kira masa untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jangan khuatir kerana berkat usaha saudara itu pasti akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
Akhir kata, saudara hadapilah apa-apa masalah dengan tabah dan jangan segan untuk meminta bantuan daripada saya.
Sahabat mu,
Son Heung Min
Semoga perkongsian Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi ini dapat membantu anda membuat penulisan Surat Kiriman Tidak Rasmi yang baik kepada penerima mahupun ketika menghadapi peperiksaan.
(Visited 640 times, 1 visits today)