Cara Mendidik Anak Dengan Betul. Ibu Bapa adalah modal insan kepada anak-anak, ibu bapa haruslah peka dan lebih prihatin untuk membimbing anak-anak ke arah kecemerlangan dalam kehidupan mereka. Salah satu peranan dominan ibu bapa ini ialah mendidik anak-anak ini sejak kecil lagi dengan ilmu dan asas kehidupan. Berikut adalah beberapa tips Cara Mendidik Anak Dengan Betul yang dapat dikongsikan pada anda.
Kejayaan mereka bukan hanya bergantung kepada guru-guru dan warga pendidik sahaja, akan tetapi ibu bapa turut sama memainkan peranan bagi membentuk anak-anak yang cemerlang. Perhatian dan sokongan ibu bapa mampu memberi semangat kepada mereka.
Cara Mendidik Anak Dengan Betul
- Berikan Didikan Agama yang awal
- Ibu Bapa harus mendedahkan didikan agama seawal usia kanak-kanak dengan menunjukkan dan mengajar anak-anak bermula dengan pergerakan solat dan bacaan surah / doa yang mudah.
- Perhantian Dan Kasih Sayang
- Berikan anak anda pelukan dan ciuman manja setiap hari bagi menunjukkan kasih sayang anda kepada mereka. Anda juga perlu memberi pujian kepada anak anda jika mereka melakukan kebaikan.
- Jadi Pendengar Yang Baik
- Di usia kanak-kanak, mereka mempunyai sifat ingin tahu yang kuat kerana itu adalah salah satu proses pembelajaran dan IQ anak anda. Anda seharusnya, membantu anak anda membezakan yang mana baik atau buruk dengan menggunakkan teknik yang riang atau gurau.
- Jadi Modal Insan / Idola
- Sebagai Ibu Bapa anda harus memberi contoh teladan yang baik seperti mengajar anak-anak anda menabung dan lain-lain. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti keluarga setiap hujung minggu bagi merapatkan hubungan kekeluargaan itu.
- Gilap Bakat Anak Anda
- Setiap anak mempunyai anugerah yang istimewa, anda sebagai Ibu Bapa haruslah mengilap bakat dan anugerah anak-anak anda dengan bermula memberi sokongan bakat mereka. Anda juga boleh mendaftarkan mereka didalam pertandingan yang berlangsung untuk mengetengahkan bakat anak anda diluar.
- Pantau Anak Anda
- Ini adalah salah satu perkara yang amat penting dimana anda harus memantau pergaulan anak-anak anda dari terjebak dengan perkara yang negatif. Selain itu, pantau anak anda semasa menonton televisyen kerana hiburan sekarang mempunyai tontonan yang tidak sesuai dengan umur mereka.
- Ajar Anak Anda Memohon Maaf
- Ajarlah anak anda memohon maaf keatas tindakan yang salah dibuatnya agar mereks mengetahui perkara itu adalah salah dan tidak harus diulangi di masa depan.
- Jangan Terlalu Banyak Melarang
- Larangan hanya membuat rasa ingin tahu anak untuk melakukannya dan dapat menjadikan anak berbohong kepada anda. Komunikasi dua arah adalah kaedah terbaik untuk mengingatkan anak daripada melarang anak melakukan hal-hal yang ingin mereka lakukan. Anda boleh memberi tahu mereka tentang risiko yang mungkin terjadi dan mintalah anak anda untuk berhati-hati.
- Jangan Mengeluarkan Kata Negatif pada anak anda
- Jangan menggunakan perkataan yang negatif seperti memarahi anak anda dengan perkataan kesat mahupun mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain.
- Jangan Menghukum Dengan Kekerasan
- Sebagai Ibu Bapa anda perlu banyak bersabar melayan ragam anak yang bermacam-macam. Jangan sesekali anda menghukum anak anda dengan kekerasan sebaliknya anda perlu memberitahu mereka risiko atau perkara yang mungkin terjadi keatas mereka dengan tindakan mereka.
Semoga tips dan nasihat ini berguna kepada anda menjadi Ibu Bapa yang cemerlang dengan Mendidik Anak Dengan Betul bagi menjadi seorang insan yang berjaya di masa depan.